Home Products Factory Reject Outlet

Tudung Pra Sekolah Reject

Product Sku : R519-1

  Login To View

TUDUNG PRA SEKOLAH REJECT

**PERHATIAN - MOHON FAHAMI
Tudung ini adalah FACTORY REJECT bermakna ianya ada sedikit kecacatan semasa dijahit di kilang namun ianya MASIH ELOK UNTUK DIPAKAI.
Antara kecacatan yang dikenalpasti :

1.Jahitan kurang kemas
✔️ Sedikit tertetas / ukuran kurang tepat

2. Sedikit kotor
✔️ Kotoran yang masih boleh dibasuh

3. Tiada label / Salah label saiz
✔️ Tiada label yang tepat berdasarkan saiz tudung

Nota: Memandangkan kita juga ada menerima tempahan jahit untuk jenama lain, mungkin ada sebahagian tudung yang puan akan terima adalah atas jenama lain (label).

** Setiap tudung BOLEH DITUKAR namun KOS PENGHANTARAN PENUKARAN adalah atas TANGGUNGAN SENDIRI.

SAIZ DAN CADANGAN UMUR

Ukuran Khas. Dijahit dengan dua ukuran khas iaitu SS dan S. Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah.

# Size SS (4-6 Tahun)
Labuh dari dagu 11.5 inci +/- 1 inci
Lilit muka 19 inci.

# Size S (Muka Chubby)

Labuh dari dagu 13 inci +/- 1 inci
Lilit muka 20 inci.

CIRI-CIRI DAN MANFAAT

1. Lycra Korea Lembut
✔️ Meregang dan selesa dipakai
✔️ Menyerap peluh
✔️ Material lasak, sesuai untuk kanak-kanak aktif

2. Awning Scuba Jahitan Istimewa
✔️ On point dan kemas apabila dipakai.

3. Cutting S shape
✔️ Terletak kemas di bahu dan selesa dipakai. Tidak menggelebeh.

JAMINAN 180 HARI

Setiap tudung asli yang diperolehi dari TudungSiComel adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.
Sekiranya ada sebarang masalah, tidak berpuas hati atau tidak sesuai, boleh ditukar dengan serta merta dan / atau wang akan dikembalikan.
Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.

FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)

1. Boleh dibasuh menggunakan mesin?
✔️ Boleh dibasuh menggunakan mesin namun kita sarankan hanya gunakan pusingan mild sahaja.

2. Boleh masuk dryer?
✔️ Boleh menggunakan dryer namun tidak digalakkan untuk menggunakan suhu yang terlalu tinggi. Ini kerana material lycra jenis bergetah dan tidak tahan kepada suhu panas.

3. Boleh iron ke?
✔️ Boleh, namun tidak digalakkan menggunakan suhu yang tinggi terutama di bahagian awning kerana material lycra tidak tahan dengan suhu yang terlalu tinggi.

4. Kalau ada masalah nak hubungi siapa?
✔️ Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi HQ TudungSiComel untuk kita bantu.


© With Love 2025 Tudung Si Comel . All Right Reserved.